Sep 26

Pengantin : Adzlin & Faizal
Location : Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, KL
Date : 09hb Ogos 2008
Type : Multi Camera Production (LIve Feed) Package
Photographer : http://www.pixelworks.com.my
Description : Alhamdulillah majlis telah berlangsung dengan jayanya dan kemeriahan yang terasa hingga ke hari ini dan merupakan rakaman video multi camera production (live feed) bagi wedding essential dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pasangan pengantin Puan Adzlin & En. Faizal pada 09 Ogos 2008 bermula pada 07.30 malam - 11.30 malam.

Terima kasih kepada associate videographer dari video2u.com.my yang telah membantu di dalam menjayakan rakaman video ini dari awal hingga akhir. Jadual pada minggu tersebut amat pack dan ini merupakan pasangan pengantin yang ke-3 bagi minggu yang sama bermula dari 07 Ogos - 09 Ogos 2008. Walaupun penat namun pengalaman di majlis Adzlin dan Faizal memang best dengan suasana restoran nelayan di atas tasik titiwangsa (outdoor cencept).

Terima kasih kepada Adzlin & Faizal kerana memberikan kepercayaan kepada kami di Wedding Essential dan kami mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga perhubungan yang dibina dengan ikatan pernikahan dan ikhlas berkekalan hingga ke akhir hayat di dunia dan di akhirat, amin.

Terima kasih juga kepada En. Radzi dari pixelworks kerana recomend pengantin kepada kami, dan semoga kita dapat berkerjasama lagi untuk masa-masa akan datang. Terima kasih.

Sep 18
Julia & Hazri
icon1 admin | icon2 sample video | icon4 09 18th, 2008| icon3No Comments »

Pengantin : Julia & Hazri
Location : No. 30, Jalan 8, Taman Sri Rawang, Rawang, Selangor
Date : 08hb-09hb Ogos 2008
Type : Diamond Package
Photographer : http://albumperkahwinan.fotopages.com
Description : Alhamdulillah terima kasih kepada pasangan pengantin kerana sudi memilih kami WE untuk merakamkan detik bersejarah kalian di tanggal penuh keramat 08.08.08. Dan pada tarikh ini, saya cover 2 majlis perkahwinan yang pada awal pagi satu majlis akad nikah pada 09.00 pagi di Masjid Putra, Putrajaya dan Masjid Al Ehsaniah, Kampung Melayu Batu 16 bagi pasangan ini Julia dan Hazri yang berlangsung selepas sembanhyang Jumaat.

Alhamdulillah semua berjalan lancar dan tahniah kepada pasangan mempelai atas ikatan perkawinan yang baru dibina dan semoga hubungan yang suci dan ikhlas ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Insyaallah.

Maaflah video lambat siap, maklumlah bulan 08 pack dan bulan 09 pula masuk bulan Ramadhan. So, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan manfaatkan bulan ini sebaik mungkin dan Maaf Zahir & Batin.