Oct 28
Happy Birthday Akmal!
icon1 admin | icon2 Event | icon4 10 28th, 2008| icon31 Comment »

Diraikan : Adik Akmal
Location : KEMAS Tg Karang & Rumah
Date : 20hb Oktober 2008
Type : Event (Birthday Party)
Photographer :
Description : Pada 20hb Oktober 2008 merupakan majlis hari jadi buat adik Akmal yang berumur 06 Tahun. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi di KEMAS Tanjung karang diraikan bersama rakan-rakan sekolah tadika dengan jamuan KFC. Beruntung zaman sekarang nie….he he he… sebab dulu2 x dapat peluang macam nie….he he he.

Majlis diteruskan lagi di rumah pada malam harinya di samping mengadakan majlis jamuan hari raya. Memang meriah siap dengan lemang, ketupat, sate, behon, kuih muih dan macam-macam lagi…he he he. Majlis bermula jam 08.00 malam, walaupun hujan turun dengan selebat-lebatnya namun kehadiran amat memberangsangkan dan sedikitpun tidak menghalang tetamu datang..

Ucapan untuk Akmal semoga diberkati dan beroleh keberkatan daripada Allah S.W.T. dan menjadi seorang anak yang soleh. Amin.

Oct 22

Pengantin : Maria & Azahari
Location : Dewan Perdana Felda
Date : 12hb Ogos 2008
Type : Multi Camera Production (LIve Feed) Package
Photographer :
Description : Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T. kerana majlis berjalan dengan lancar dan jayanya. Sungguh gilang gemilang majlis ini berlangsung. Dengan padanan pakaian raja sejari kira bertemakan warna biru, amat menyerlahkan ketampanan Azahari dan kejelitaan Maria di hari yang penuh bersejarah pada tanggal 12 Ogos 2008.

Kami juga di Wedding Essential ingin mengucapkan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat hendaknya dan terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk merakamkan Majlis perkahwinan berkenaan. Kami amat terharu dengan layanan yang diberikan.

Kami memohon maaf atas kelewatan video perkahwinan ini di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Jika ingin merakamkan detik-detik honeymoon berbulan madu khabarkan kepada kami agar kenangan bersejarah menjadi kenangan abadi.

Wassalam.